feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Anda Baik Hati?

Labels:

Salam Pembaca!

Baru baru ini satu movie malaysia yang baru bertajuk SEPI untuk tatapan umum telah berada di panggung wayang gambar aka pawagam. Saya masih belum berkesempatan menonton cerita ni pun tapi, Sebenarnya malam ni terasa nak post pasal cerita yang tengah ngetop itu. Tapi rasa nak mendalami erti SEPI dari sudut pandangan Islam. Bagaiman kejadian sepi dan kenapa ianya berlaku dalam diri manusia. Adakah ianya normal atau tidak? atau atau.,Tapi disebabkan penulisan saya yang tidak seberapa ini, ingin sekali cuba perbaiki penulisan saya sendiri.



Men In da' House

Photobucket

with Bro-in-law

Terlebih dahulu ingin sekali bersyukur ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan saya keluarga yang cukup lengkap yang terdiri dari keluarga yang mempunyai ayah dan umi serta seorang kakak dan seorang abang yang cukup untuk menggembirakan saya. Selain mereka tidak ketinggalan 3 orang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Jika saya mengatakan saya sepi, ini bermakna saya tidak bersyukur dan menghargai orang orang disekeliling saya. Jadi perlukah saya rasa sunyi sepi? Ikuti pembacaan yang dapat dikongsi bersama; Hati Asas Pergaulan



Sebaik-baik Teman Adalah Hati "Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan”


Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

“Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.”

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’


Ya Allah, Jauhkan kami dari perasaan jiwa yang sunyi mahupun sepi dari Rahmat-Mu ya Allah.

by : Dr. Rokiah Ahmad
Adab dan Pergaulan Menurut al-Quran & Sunnah





0 comments:

Post a Comment