feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

We're nearly Ramadhan

Labels: ,

11:30pm ::Room :: Cyberjaya


Malam ini rasa seharian duduk depan PC wat research assignment. Roomates sume da balik. Update sikit la untuk rest sekejap. hmmm..,tapi saya perlukan pertolongan pendapat. Pertolongan nya bermula begini.

Petang semalam sedang asyik membelek tutorial sambil dengar lagu dari Kumpulan Nasyid dari US; Seven8Six (Ordinary World yang best banget tu=D) Tiba tiba seorang staff hostel datang ke pintu dengan T-shirt berwarna biru pekerjanya, mujurlah pintu bilik sedikit terbuka. Terpikir sejenak, tak penah pulak ade spotcheking petang petang pukul 3 cemni. Dengan nada ingin tahu kakak tu beri salam dan bertanya;" ni bilik nuqaba' kan? Seingat akak ni bilik naqibah nuqaba' kan? " Kakak tersebut meneka.

Persoalannya yang membuatkan roomate saya Mawaddah terus ke muka pintu, sedang saya masih belum berganjak dan melekat dikerusi lagi sambil menjawab persoalan tu. "Ya, kami nuqaba'." Kak Suliza meneruskan bualan; "Akak ada hal nak bagitau kat korang. Akak dapat tahu baru pagi tadi. Ada seorang international student baru masuk Islam perlukan kawan kawan muslim untuk bantu dia belajar Islam. Lepas terdengar cerita Kak Suliza terus saya ke muka pintu untuk bertanya; "Dia dari mana kak?" "Dia dari Bostwana", jawab kak Suliza. Dalam mengingati peta dunia di mana negara Bostwana sebenarnya. Tidak pasti samada dari kawasan Europe atau Africa.

Tanggungjawab tidak seringan ini

Saya terus bertanya, "Bila dia masuk Islam kak?" , baru minggu lepas hari sabtu oleh seorang Ustaz", kata Kak Suliza. Dalam fikiran saya. Ya Allah sediakah kami untuk mentarbiah saudara baru dalam keadaan kami yang masih baru dalam program ini. Saya fikir ini adalah peluang beramal lebih lebih lagi dekat dengan bulan Ramadhan. Tanggungjawab yang berat ini adalah peluang, bukan? Sediakah saya? persoalan ini terus dalam fikiran untuk mencari jawapan. Teringat seorang sahabat pernah mengingatkan saya tentang mindset sebelum mengikuti kelas consultant Group. Sediakan minda untuk terima perkara perkara yang mungkin di luar jangkauan kita. Percaya bila-bila Allah akan beri ganjaran jika kita yakin apa yang kita inginkan. Kata kata semangat ini membuatkan yakin dengan pertolongan Allah. This is the time. Yes, Allah yang susunkan kehidupan kita. Maka Allah lebih tahu. Jawapan itu terus dibenak dan sudah terjawab. Yes. I'm ready.

Saya menyambung perbualan. "Bilik bilik yang sebelah pantry ni semua bilik nuqaba' kak, dari atas sampai bawah bilik mentor mentor", mengingatkan akak tersebut akan kewujudan mentor mentor lain. "Akak pergi semua bilik ke bagitau hal ni?" Soal saya. Kak Suliza terus menjawab dalam keadaan wajah yang benar benar memerlukan. "Akak tergerak hati ke sini". Sedangkan bilik kami bukan ground floor atau 1st floor. "Boleh, kami terima,nanti saya bincang dengan semua nuqaba'." jawab saya. Kak Suliza ucapkan terima kasih banyak2 dan mengingatkan kami dia akan datang semula ke bilik kami untuk bawa berjumpa ke bilik saudara baru tersebut selepas asar.



Selepas asar, Kak Suliza datang semula ke bilik. Mawaddah tiada dibilik, Kak Emy pula sedang merehatkan diri selepas pulang dari kelas. Saya belum bersolat pada ketika itu untuk ke bilik saudara baru tersebut. "Tak pe la kak saya pegi dengan roomates saya nanti.., atau saya ikut akak sekarang, mana akak rasa ok?" sekejap beri soalan MCQ kepada Kak Suliza untuk memilih=). Awak pergi sekali dengan akak la senang" .hmm Ok". Sesampai ke wing student international. Bilik yang terkunci rapat itu diketuk oleh Kak Suliza. Tapi tiada jawapan. Kak Suliza cuba mendengar di permukaan pintu yang tertutup itu. "Ada dengar orang berzikir kat dalam",kata Kak Suliza. Dengan penuh kesabaran kami berbincang sambil menunggu bagaimana untuk membantu saudara baru ini. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya dengan pertolongan Allah dan pada ketika itu saya terus berniat. Biarlah ini dalam kemampuan saya dan nuqaba' yang lain dapat membantu dia. InsyaAllah.

Kurang 5 minit saudara baru tu buka pintu. Kak Suliza memperkenalkan dirinya dan saya wakil dari pelajar tempatan. Dia memberitahu kami nama Islamnya "Noor". Kami bersoal jawab dan bertanya khabar sehingga dia menceritakan roomate dia seorang Hindu, dari India Selatan. Selepas itu kami meminta untuk ke dalam biliknya dan didapati ada patung berhala pada rak buku. Kami jelaskan keadaan dia jika bersolat dalam biliknya itu yang mempunyai patung berhala adalah tidak sah. Selama ini dia hanya menganggap patung itu hanya barang permainan sahaja dan tidak mengapa jika anggapan itu untuk meneruskannya bersolat. Kami beri penjelasan, Malaikat rahmat tidak masuk dan tidak sah untuk dijadikan tempat ibadah. Kak Suliza beri pendapat agar dia segera berpindah ke bilik baru yang lain dalam masa terdekat. Alhamdulillah dia terima jika dia dipindahkan seorang diri atau dengan kawan sebilik Islam yang baru. Sesudah itu kami memberi no telefon, emel dan no bilik untuk memudahkannya menghubungi kami dan kami menghubungi dia.




Akhir perbualan saya berjabat tangan dengannya sambil berkata" Welcome to The Muslim World" sambil dia tersenyum dengan senyuman yang manis kepada saya. Di ym saya mengajaknya ke Iftar untuk berbuka puasa bersama sambil mengenali ahli ahli usrah yang lain. Alhamdulillah walaupun dia mempunyai assignment discussion jam 8 akhirnya bersetuju mengikuti saya. Di ym statusnya dia menulis "Officially Noor.." Nama baru Islam nya =)

Kita semua adalah khalifah Allah iaitu Daie untuk bakal Daie yang seterusnya. InsyaAllah. Semoga perjalan hidupnya diberkati Allah dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah. Berikan bantuan kepadanya untuk dia merasakan yang dia tidak keseorangan. Hulurkan bantuan dan bersedialah untuk mereka yang baru mendapat kunci kebenaran.

Wa Billahi Taufiq wal Hidayah, was-Salamu’ alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

"Ya Allah, berkatilah dan redhailah perjalanan hidup hamba-hambaMu dan sediakan kami hati hati yang ikhlas untuk memperjuangkan agamaMu serta dalam lindungan rahmatMu dan redhaMu didunia dan di akhirat "


Nasyid dari Group Noor; United States. Dengarkan bersama.



2 comments:
gravatar
tuantaufik said...
September 13, 2008 at 2:33 PM  

Semoga Allah meredha'i dan memberkati usaha kamu. dgn saudara baru tersebut

gravatar
lilhakym said...
September 15, 2008 at 1:39 PM  

Thanks Taufik! Semoga Allah meredhai dan berkati usaha Taufik juga dlm semua perkara.,biiznillah^_^

Post a Comment