Majlis Aqiqah Sayangku Izzah Faqehah
01 Zulkaedah 1429::Klang
Sebenarnya aqiqah Izzah Faqehah pada malam sabtu lepas iaitu bersamaan 25 Syawal 1429. Baru harini dapat cerita sedikit dan insyaAllah leh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Pada siangnya umi menjemput sahabat sahabatnya muallimah hira' klang ke rumah kerana ada sedikit jamuan ringan sementara menyiapkan persiapan untuk malam majlis aqiqah. Pada malam ada selawat dan rawi ke atas nabi. Rawi bermaksud selawat selawat yang memuji Rasulullah saw. Mereka menggunakan rawi pertama sebenarnya. Boleh refer buku selawat untuk aqiqah ada banyak rawi. Sedikit kekeliruan tentang majlis ini sudah difahami. alhamdulillah. Saudara mara yang hadir sebelah ayah iaitu Mak Long dan Pak Long gombak(sebelah ayah), uwan(nenek sebelah ayah), abg aie dan anak2 lelakinya, abg zamri, kak zakiah. sebelah umi tak dapat hadir sebab mereka tinggal berjauhan di Segamat, Kluang, dll.Tetamu paling istimewa ialah Makcik Saerah, jiran mase duduk di Seksyen 10 dulu masa kecil. Bayangkan berpuluh tahun tak jumpa dia. Dia pun da pindah duduk kt tempat lain. ketemu juga kami. alhamdulillah,.Ukhwah fillah abadan abada.....
Sedikit Huraian Tentang Al-Aqiqah
Takrif al-aqiqah
Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas kepala bayi sebelum dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur dan dipotong
Hukum
Al-Aqiqah hukumnya adalah sunat muakkad. iaitu ibadat yang sangat sangat di tuntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut
Dalil
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasulullah saw melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis."(5154)
Waktu Al-Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari
dari dalam rahim ibunya, Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka
ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah
Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.
Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi.
Dalilnya hadis riwayat Abu Daud(1522) dan selainnya daripada Samrah r.a katanya, "Rasulullah saw bersabda,
"Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya"
Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa'at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.
Jika setiap kali seseorang itu bertambah nakalnya pada usia sebelum baligh iaitu remaja, ibubapa berhak membuat aqiqah untuk si anak.
Hikmah Disyariatkan Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Allah swt yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapanya. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.
Firman Allah;"Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu" (As-Zumar:7) "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah untuk kamu" (Ibrahim:7) "Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia"(Al-kahfi:46)
Memudahkan pengistiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana ini perlu diishtihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini,aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.
Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.Firman Allah; ”Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia” (An-Nisa: 128).”Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr: 9)
Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemeseraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran. Binatang Yang Disembelih Untuk Anak Lelaki Dan Anak Perempuan Sunnah telah menetapkan, wali hendaklah menyembelih seekor kambing bagi aqiqah lelaki dan untuk anak perempuan juga seekor kambing.
Dalilnya hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1059) daripada Ali r.a katanya
”Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan Al-Hassan dengan seekor kambing".
Tetapi ianya lebih afdhal jika wali menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan. Dalilnya ialah hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1513) dan selainya dari Aisyah r.h,katanya ”Rasullah s.a.w memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing yang sempadan dan mengaqiqahkan anak perempuan dengan seekor kambing”.
Banyaknya Aqiqah Mengikut Bilangan Anak
Adalah tidak memadai untuk mendapat sunat aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi bilangan anak yang lebih dari seorang. Bahkan mengikut sunnah ialah binatang sembelihan mengikut bilangan anak, bagi seorang anak seekor kambing, bagi dua orang anak dua ekor kambing, bagi tiga orang anak tiga ekor kambing dan seterusnya.
Sekiranya seorang itu dikurniakan sepasang anak kembar maka tidak cukup seekor kambing untuk keduanya.
Abu Daud (2841) meriwtkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya ”Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan seekor kibas untuk Al-Hassan dan seekor kibas untuk Al-Hussain.
Al-Hakim (23714) dalam Al-Mustadrak meriwatkan Rasullah s.a.w telah mengqiqahkan untuk Al-Hassan dan Al-Hussain setiap seorang disembelih dua ekor kibas yang serupa dan setanding bentuknya.
Syarat Aqiqah
Agar aqiqah yang dilakukan mendapat pahala, disyaratkan semua seperti syarat korban dari sudut jenis, umur dan bebasnya haiwan itu daripada kecacatan yang menyebabkan kurangnya daging. Ini disebabkan aqiqah adalah sembelihan yang disunatkan maka ia sama dengan korban.
At-Tirmizi (1497) meriwatkan dan beliau mensahihkannya begitu juga Abu Darda (2802) dan ini lafaznya Abu Darda daripada Al-Barra’ bin ’Azib r.a daripada Rasullah s.a.w sabdanya ”Empat perkara yang tidak boleh ada dalam korban, cacat yang jelas kecacatannya, sakit yang jelas penyakitnya, tempang yang jelas tempangnya dan tulang patah yang tiada sembuhnya”. Empat kecacatan ini dikiaskan kepada semua kecacatan yang menyerupainya yang menyebabkan ia kurus dan kekurangan daging.
Tetamu yang hadir.
Muallimah muallimah hira' yang hadir
peminat2 izzah dari kalangan murid2 hira' klang =P >> makcik saerah borak2 dgn umi
sahabat2 surau ayah, mereka ada baju seragam
pak imam sedang mencukur rambut si kecil>> nenek sebelah ayah
Izzah tersengih cool pada malam majlis>> wanginya atas badanku=D
keesokan hari mencukur rambut izzah, ramainye nak cube
Izzah bersama umi dan abinya >> Izzah da botak..
sekian;alhamdulillah...


























October 30, 2008 at 5:03 PM
klaka plak rase mek jah da jadik ummi...huhu..
October 30, 2008 at 5:32 PM
ketawa2! gelak2!
ape laa dia kan da 28, mmg patut la jadi umi, alaa x lama kemu pun x lari dari menjadi umi dan termasuk juge mami rya,.hehe
October 31, 2008 at 3:05 PM
huhuhu...
nampaknye mama n mami di atas xsabo2 nak jadi IBUK~~
November 1, 2008 at 11:24 PM
ya Allah cik buk ni,,assobru minal eeman=D!!
Post a Comment