Makin Dipuji, Makin Meninggi Diri
Comel dengan Tudung Sulaman Bulu
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Pernah dengar tak ungkapan sebegini " Dia ni la kawan saya yang tawadduk, cantik, cerdik, solehah,, " dan yang menerima pujian hanya tersenyum malu mendengar pujian dan seakan seperti diri diangkat sehingga ingin sekali lagi mendengar pujiaan-pujian seperti itu. Kebiasaan yang sering dirasakan itu tidak lepas dari diuji oleh Allah, selepas setahun berlalu, sedikit demi sedikit tawadduk, cantik, cerdik, solehah itu akan hilang jika diri penerima pujian itu tidak mengambil pujian itu sebagai semangatnya untuk terus ke arah yang lebih baik.
Seringkali kita dipuji,dari orang sekeliling kita,antara sebabnya,dia merasakan kagum melihatkan perkara yang tiada pada dirinya dan ada pula pada diri kita,atau dia merasakan perkara yang ada pada diri kita lebih hebat daripada apa yang ada pada dirinya,sedangkan segala perkara yang hebat-hebat itu hanyalah kurniaan dari Allah belaka,mengapa tidak dilampirkan kekaguman itu pada sang pemberi dahulu?? Tapi malangnya manusia jarang mengambil pujian itu dalam merasakan diri hanyalah hamba dikalangan hamba Allah semata-semata, sehingga apabila berlaku salah faham tidak mahu meneliti asal usul puncanya berlaku salah faham, Maklumlah selama ini hanya sering mendapat pujian, jadi apabila diri sekali sekali dicaci langsung tidak boleh terima cacian itu. Malah merasa diri tidak layak menerima cacian sebegitu.
Sedangkan jika diteliti,suatu pujian manusia yang walaupun ikhlas dari hatinya itu merupakan suatu perosak kepada banyak amalan kita yang asalnya sudah ikhlas,kepada sang pemuji pula, secara tak sengaja dia telah melakukan suatu kerosakkan pada amalan seseorang walaupun berniat baik kerana ingin memuliakanya,dan secara tak sengaja juga telah digelarkan sebagai algojo tanpa gaji!! apa kata kita lihatkan hadith dari nabi ini:
“Daripada Abi Bakrah radiallahu anhu: Bahawa seorang lelaki telah memuji kebaikkan seorang lelaki yang lain di hadapan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,maka baginda pun berkata:
“Wahai lelaki,Kamu telah memancung tengkuk saudaramu sendiri”
Dan beliau berkata sedemikian berkali-kali,lalu beliau berkata: Jika salah seorang daripada kamu memuji seseorang,hendaklah semestinya dia cuba berkata : Saya rasa…(atau saya kira-kirakan)…yang mana jika dia merasakan orang itu memang seperti yang dipuji,maka perkiraanya pada orang itu,hanya Allah yang maha mengetahui hakikatnya,dan janganlah kamu mensucikan (memuji) sesiapapun melebihi Allah”
(hadith riwayat Imam Bukhari bernombor 6061 dan hadith riwayat Imam Muslim)
Beginilah yang disifatkan oleh baginda nabi kita kepada sang pemuji,kerana memancung tengkuk seseorang bererti membunuhnya,dan membunuh itu selalunya disifatkan sebagai suatu kebinasaan,dan kebinasaan pada amal seseorang itu ialah ketidak’ikhlas’anya akibat pujian yang melambung tinggi…
Dan telah dianjurkan juga oleh nabi supaya kita melemparkan tanah ke muka sang pemuji yang memuji dengan pujian yang melambung tinggi
(*riwayat Imam Muslim dari Miqdad) yang ditujukan kepada sesiapa yang memuji seseorang secara baathil…
Dan terdapatnya bermacam pendapat ulama’ tentang hal ini,ada yang menafsirkan bahawa perkara ini dinisbahkan kepada penggunaan kata-kata masyarakat arab jika tidak menyukai pada kata-kata seseorang, dan Allah lebih mengetahui…
(*Fathul Baari oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)
Dan apa kata kita lihatkan pada kata-kata Syeikh Ibnu Atho’illah As-Sakandari tentang puji-memuji orang lain ini:
من أكرمك إنما أكرم فيك جميل ستره فالحمد لمن سترك ليس الحمد لمن أكرمك و شكرك
(145) Siapa yang menghormati kepadamu,sebenarnya hanya menghormati keindahan tutupan Allah kepadamu,oleh kerana itu,seharusnya pujian itu pada Allah yang menutupi engkau,bukan pada orang yang memuji dan berterima kasih kepadamu
Tiap orang pasti ada cela kebusukkanya yang andainya diketahui orang lain pasti akan dibenci,tetapi yang menyebabkan adanya orang yang memuji dan menghormati padanya,bukan semata-mata kerana kebaikkanya,tetapi kerana Allah menutupi kebusukkan dan cacatnya,maka pujian itu saharusnya kembali kepada Allah yang menutupi aibnya,bukan kepada orang yang tidak mengetahui kebusukkanya yang sebenarnya..
Tiap orang pasti mempunyai ciri-ciri dan kekurangan yang malu jika diketahui oleh orang lain,kerana itu jika ada orang memujinya tidak lain hanyalah kerana indahnya tutupan yang dipasang oleh Allah pada dirinya,sehingga tertutup cela kekuranganya dan terlihat bagusnya semata-mata,kerana itu wajib ia bersyukur memuji kepada Allah yang menutupi dan bukan pada manusia yang memuji kerana tidak tahu keburukanya..
Ramai di antara kita yang masih lagi silap berhadapan dengan situasi sebegini,selalunya apabila ada orang memuji kita,kita akan katakan: Terima Kasih,kerana memuji saya….sepatutnya kita mestilah katakan: Haza min fadhli Rabbi (ini hanyalah kurniaan dari tuhanku semata) dan kepada sang pemuji pula,jika dia memang menginginkan memuji seseorang,maka antara adabnya yang baginda nabi anjurkan ialah dengan berkata,contohnya: Aku rasa-rasakan,kamu ni pandailah orangnya…tanpa berkata sebegini: Sah! kamu ini memang pandai orangnya..Kamu ini memang pandai la..Memang kamu ini pandai orangnya…(seperti yang dikatakan oleh Imam At-Thoyyibi sebagai komentar beliau dalam kitab Fathul Baari)
Dan ‘point of view’ disini ialah: Menjaga adab kita ketika memuji seseorang (seperti yang telah dianjurkan) serta janganlah terlalu berlebih-lebih pula dalam memuji seseorang,kerana bersalahan dengan sunnah nabi yang mulia..wallahu a’lam…
Doa apabila dipuji, riwayat al-Bukhari: "Ya Allah! Jangan Engkau hukum aku dengan apa yang mereka ucapkan. Ampunilah aku dengan apa yang mereka tidak ketahui. (Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.)"YA ALLAH,HINDARILAH KAMI DARI MEMUJI MAKHLUK MU MELEBIHI PUJIAN KAMI KEPADA MU YA ALLAH…..
Post a Comment